Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Wednesday, 26 November 2014


'Guru. Cikgu. Sensei. Teacher.'

Begitulah gelaran yang diberi untuk seorang insan yang tugasnya mengajar baik dalam apa jua bidang sekalipun. Setiap orang pasti mempunyai guru mereka yang tersendiri. Ada guru yang disukai, ada guru yang tidak disukai dan ada juga guru yang sangat ditakuti. (Guru disiplin, hehehe.)

Bercakap mengenai bidang perguruan, ianya adalah satu bidang yang zahirnya nampak mudah tapi sebenarnya tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar. Ada yang kata :

"Alah, senang je mengajar ni. Masuk kelas 'pot pet pot pet' dah siap. Bukan susah pun."

Saya sendiri pada awalnya berfikiran sebegitu.

'Well, how hard can it be right? It is just teaching by the way. Any average joe can definitely do it. Sadly, I was proven wrong. Way too wrong.''

Setelah 2 tahun berkecimpung di dalam bidang pendidikan ini atau lebih spesifiknya 'hometuition', dapat saya simpulkan bahawa menjadi seorang guru adalah satu tugas yang mencabar. Tanggapan awal saya meleset sama sekali. Barulah saya menyedari bukan sedikit bebanan yang dipikul oleh guru-guru di sekolah. Dalam keadaan kelas yang padat (seramai 30 orang atau lebih), bukan mudah bagi seseorang guru itu untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Tambahan lagi dalam kesuntukan waktu untuk menghabiskan setiap topik seperti yang dijadualkan. Jadi, untuk guru-guru di luar sana, 'my respect' untuk anda semua.

Berbalik kepada home tuition, atau dalam bahasa melayunya Tuisyen di rumah, sepanjang 2 tahun bergelumang dalam bidang ini, banyak yang telah saya pelajari dan perhalusi. Setiap pelajar itu tahap mereka berbeza-beza dan masing-masing mempunyai kelebihan juga kekurangan yang tersendiri. Ada pelajar yang cenderung kepada subjek Sains dan Matematik misalnya, tapi agak lemah dalam subjek-subjek bahasa. Begitu juga sebaliknya. Jadi, tugas guru adalah untuk memberi tunjuk ajar supaya para pelajar dapat menguasai subjek-subjek tersebut.

Rata-rata masalah yang saya dapati dalam kalangan pelajar terutamanya adalah berpunca daripada kurang minat serta motivasi untuk belajar, tidak ada sistem pembelajaran yang sistematik dan juga ketinggalan dalam pelajaran. Sesetengah masalah para pelajar ini sudah berlarutan bertahun lamanya. Jadi untuk merawatnya perlukan masa dan kesabaran. Tidak ada istilah ‘quick fix’ atau ‘magic pills’ untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hanya dengan usaha yang berterusan, konsisten dan juga bimbingan berkesan. Bukan satu tugas yang mudah, tapi juga BUKAN MUSTAHIL.

Misi saya adalah untuk membantu para pelajar saya dalam pelajaran mereka khususnya dan memberikan bimbingan untuk mereka berjaya di masa akan datang. Pelajar-pelajar bagi saya bukan sekadar pelajar tapi juga adalah sebuah keluarga besar.

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua pelajar-pelajar saya dan kepada semua ibu bapa, terima kasih atas sokongan anda semua kepada saya.
InsyaAllah saya percaya usaha yang berterusan dan sistematik akan membuahkan hasil.

Dengan izinNya yang pasti.

:: Cikgu Hafiz ::

cikguhafiz.com




 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff